Pingat Fields
Pingat Fields

Pingat Fields

Pingat Fields adalah sebuah hadiah yang dianugerahkan kepada dua, tiga atau empat ahli matematik yang berumur bawah 40 tahun di Kongres Antarabangsa bagi Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU), satu mesyuarat yang diadakan setiap empat tahun. Pingat Fields kadang kala dilihat sebagai kehormatan tertinggi yang boleh dicapai oleh seseorang ahli matematik.[1][2] Pingat Fields dan Hadiah Abel kadang kala dianggap setara dengan Hadiah Nobel bagi seorang ahli matematik. Pingat Fields berbeza dengan Hadiah Abel dari segi sekatan umur seperti yang dinyatakan di atas, serta kekerapannya (dianugerahkan sekali setiap empat tahun).Pingat ini disertakan dengan hadiah wang, yang mana sejak tahun 2006 bernilai CAD$15,000.[3][4] Pingat ini dinamakan bersempena dengan nama ahli matematik Kanada, John Charles Fields.[5] Fields merupakan individu penting kerana telah mewujudkan anugerah, mereka pingat sendiri, dan memberi dana kewangan.[5]Pingat pertama dianugerahkan pada tahun 1936 kepada ahli matematik Finland, Lars Ahlfors dan Amerika Jesse Douglas, dan diberi bagi setiap empat tahun sekali sejak tahun 1950. Ia bertujuan untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada para penyelidik matematik yang telah memberi sumbangan penting.Pada tahun 2014, Maryam Mirzakhani menjadi wanita pertama yang menerima Pingat Fields.

Rujukan

WikiPedia: Pingat Fields http://www.cbc.ca/technology/story/2006/08/22/math... http://www.fields.utoronto.ca/aboutus/jcfields/fie... http://www.jpost.com/Israel/Article.aspx?id=185366 http://www.ams.org/notices/200609/comm-prize-field... //doi.org/10.1016%2F0315-0860(76)90033-1 http://www.mathunion.org/general/prizes/fields/det... http://www.mathunion.org/general/prizes/fields/det... http://news.bbc.co.uk/2/hi/science/nature/5274040.... https://d-nb.info/gnd/4479720-5 https://www.wikidata.org/wiki/Q28835#